Mancini berang selepas Manchester City diikat 1-1 oleh Stoke dan mereka bernasib baik tidak menerima kekalahan selepas Yaya Toure menjaringkan gol penyamaan untuk membawa mereka kembali ke puncak liga untuk seketika, hanya mempunyai kelebihan perbezaan jaringan.
Pengurus City itu enggan bersalam dengan pengurus Stoke Tony Pullis selepas perlawanan dan menolak untuk menyertai sidang media selepas perlawanan.
Pengurus United, Sir Alex Ferguson melancarkan perang psikologi dengan mencadangkan City supaya menggunakan khidmat Carlos Tevez namun Platt yakin pengurusnya dari Itali itu mampu menghadapi perang psikologi yang dilancarkan musuh kelabnya itu.
“Permainan minda yang bagaimana? Pada penghujungnya pasukan mana yang menang liga akan berkata mereka menang permainan minda. Apapun semuanya bergantung kepada 11 pemain yang akan turun ke padang dan mendapatkan keputusan yang diingini.
“Perkataan jangan memenangi liga. Isu ini timbul kerana kami tidak berada jauh dan kedua-dua pasukan melakukannya dengan cemerlang. Kami tidak dapat menjarakkan diri kerana United menghadapi musim yang baik ketika ini,” kata Platt.
Jaringan penyamaan Toure amat menakjubkan ketika membantu City mengelak dari kekalahan dan berada di puncak untuk sekurang-kurangnya selama tempoh 48 jam, sebelum United menentang Fulham.
Begitupun City bakal berdepan masalah kerana mereka menempuh lima perlawanan tanpa kemenangan dan mereka hampir menerima kekalahan memalukan ketika berdepan Potteries yang mendahului menerusi gol yang dijaringkan Peter Crouch.
Jaringan menarik Crouch cukup berharga sehingga Pullis tambah yakin pasukan bimbingannya mampu menamatkan saingan dalam kelompok 10 pasukan terbaik buat kali pertama.
“Kami hanya bermain tiga perlawanan menentang Chelsea, Liverpool dan Spurs di tempat lawan. Kami tidak sampai ke rumah sehinggalah jam 2.30 pagi Khamis dan apa yang ditunjukkan pemain amat hebat,” kata Pullis.
“Kami tidak kaya seperti kelab lain terutamanya pasukan yang baru kami hadapi. Kami terdesak untuk menamatkan saingan di kelompok 10 teratas buat kali pertama dan kini kami semakin hampir.” -AFP





0 comments:
Post a Comment