Thursday, 7 June 2012

Nokia Lumia 610 telefon pintar mampu milik

Filled under:

NOKIA optimis dengan pengenalan Lumia 610 yang dijangka terus mendapat sambutan menggalakkan daripada orang ramai disebabkan beberapa faktor penarik selain beroperasi di atas platform Microsoft Windows.
usahawan.com

Antaranya termasuk harga yang mampu dimiliki (RM699), lebih mesra pengguna, mudah dikendalikan menggunakan skrin peka sentuhan, reka bentuk dan pilihan warna menarik.

Ketua Pengurusan Produk dan Pemasaran Nokia bagi Malaysia, Singapura dan Brunei, Glen Cha berkata, Nokia Lumia 610 sudah berada di pasaran sejak kira-kira tiga minggu lalu dan ia didapati mendapat sambutan menggalakkan.
“Kami menyasarkannya kepada pengguna yang baru hendak beralih ke telefon pintar dan ibu bapa yang hendak membelikan telefon pintar untuk kegunaan anak mereka,” katanya di Kuala Lumpur, semalam.

Menurut Glen, lebih istimewa telefon baru itu amat mudah dikendalikan dan menggunakan konsep hab iaitu mengumpulkan beberapa aplikasi berkaitan ke dalam satu hab.

“Misalnya People Hub yang tentunya berkaitan dengan aplikasi rangkaian sosial seperti facebook, twitter, LinkedIn dan sebagainya yang boleh digunakan hanya dengan sekali log masuk. Begitu juga beberapa hab lain termasuk gambar, video dan lebih 80,000 aplikasi sedia dipindah turun,” katanya.

Sumber: Harian Metro

0 comments:

Post a Comment