
Bersahabat baik sejak perkenalan kira-kira 15 tahun lalu dengan bekas perdana menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad (Tun M), aktor Bollywood Datuk Shah Rukh Khan memberitahu, sejak mengenali Mahathir hidupnya lebih bermakna dan menganggap bapa pembanggunan negara itu sebagai mentor dan insiprasi buat dirinya. Bahkan Shah Rukh akan memastikan untuk berjumpa dengan mantan perdana menteri kita yang ke-4 ini beberapa kali dalam setahun.
Dalam laporan mStar online menyebut Shah Rukh mengakui dia kagum dengan cara dan falsafah Tun M membangunkan negara. Pelakon Kuch Kuch Hota Hai itu sering mengikuti falsafah Mahathir yang memandang sesuatu perkara 'di luar kotak' dalam setiap keputusan atau perancangan yang dilakukan.
Shah Rukh yang berada di tanah air turut meraikan ulang tahun Mahathir ke-87 (yang jatuh pada pada 10 Julai lalu), di sebuah hotel terkemuka malam tadi.
0 comments:
Post a Comment