Dia baru berusia 6 tahun, tetapi sudah menjadi jutawan dan hidup serba mewah!
Isabella Barret bukan gadis cilik biasa. Di usianya yang baru 6 tahun,
dia sudah menjadi jutawan. Berkat memenangi pelbagai pertandingan
kecantikan, tampil di TV dan memiliki perniagaan kecantikan membawanya
menjadi seorang yang kaya dengan kehidupan yang mewah.
Beberapa perkara yang anda perlu tahu tentang Isabella Barret:
1. Pertandingan Kecantikan
Sejak kecil lagi, Isabella sering dibawa menyertai pertandingan
kecantikan oleh ibunya, Susanna. Dengan bangga, kanak-kanak yang kerap
berpenampilan seksi itu mengatakan, “Saya tidak pernah kehilangan
apa-apa dan hampir setiap pertandingan yang disertai, saya menang.”
2. Mempunyai 60 Pasang Kasut
Kanak-kanak yang sering mengikat rambutnya ini adalah penggemar kasut. Dia memiliki lebih dari 60 pasang kasut.
3. Setiap Baju Berharga Hampir RM 30ribu
Susanna menghias anak kesayangannya itu secara habis-habisan. Setiap
kali mengikuti pertandingan, baju dan perhiasan yang digunakan Isabella
boleh mencapai US$ 10 ribu atau hampir RM 30 ribu. Susanna mengaku,
selama dua tahun ini dia mengeluarkan perbelanjaan sekitar US$ 50 ribu
atau RM 150 ribu untuk menghias Isabella agar menang di pertandingan
kecantikan yang disertai.
4. Bisnes Perhiasan & Kosmetik
Bersama ibunya, Isabella memiliki line perhiasan dan kosmetik berjenama
‘Glitzy Girl’. Koleksinya termasuklah lip gloss, lipstick, blusher
sehingga ke aksesori seperti gelang dan rantai. Awal bermulanya
perniagaan tersebut adalah dari setiap pertandingan yang disertai,
Isabella menggunakan gelang dan pelbagai perhiasan lain. Banyak
peminatnya yang suka dengan perhiasan tersebut sehingga memberi mereka
idea untuk menjualnya.
5. Hidup Mewah
Isabella kini hidup mewah dan bergelumang dengan harta. Kanak-kanak yang
sering meniru gaya wanita dewasa itu sering bercuti dan menginap di
hotel-hotel mewah. Tidak seperti kanak-kanak lain yang suka memesan
makanan seperti kentang dan burger, dia sebaliknya memilih makanan
seperti filet mignon dan lobster yang berharga hampir beratus dolar
untuk setiap hidangan. “Saya tahu ini kelihatan seperti sombong, tetapi
ini bagi saya ia lucu melihat gelagatnya dan ini sebahagian dari
kehidupannya,” ujar ibu Isabella.
0 comments:
Post a Comment