Siapa tak kenal adira AF yang tengah hot macam goreng pisang panas, Adira penyanyi lagu Ombak Rindu yang sedang hangat bercinta dengan seorang pengkid bernama Zack. Malah ada yang menyatakan punca putusnya hubungan Adira dan Hafiz adalah kerana hubungan terlarangnya ini. Namun Adira Menyangkal tuduhan yang menyatakan dia adalah lesbian.
Adira atau nama sebenarnya Siti Adira Suhaimi memohon masyarakat tidak memandang serong kepadanya susulan tuduhan yang telah dilemparkan.
“Gosip yang melampau itu adalah perkara lama dan saya tidak mahu mengingatinya semula. Ia sudah selesai.
“Saya tidak sangka pula dakwaan kononnya saya mengamalkan hubungan songsang itu kembali diperkatakan hingga timbul spekulasi bahawa ia menjadi punca hubungan saya dan Hafiz berkecai,” katanya.
Adira mahu memanfaatkan tahun 2012 ini untuk memantapkan lagi kerjaya seninya.
“Sejujurnya, saya sangat sedih dan terkejut apabila gosip itu diperkatakan semula. Saya sangka apabila muncul tahun baru ini, perkara hitam itu sudah berakhir, malangnya ia terus menjadi bualan.
“Saya tidak pernah mengganggu atau menyusahkan hidup orang lain. Saya memohon agar cerita-cerita negatif ini dihentikan kerana ia mencemarkan reputasi saya dan keluarga,” katanya.
Apabila ditanya mengenai reaksinya berkenaan dakwaan kononnya dia kembali menjalin hubungan songsang dengan individu yang dikenali sebagai Zack, Adira menegaskan dia masih lagi seorang perempuan sejati.
“Gosip ini sangat memalukan tetapi sebagai hak milik masyarakat saya perlu hadapinya.
"Sekali lagi saya tegaskan bahawa saya masih lagi perempuan sejati yang mempunyai perasaan terhadap lelaki,” katanya.
Menyentuh perkembangan kerjaya, anak bongsu dalam keluarga ini berkata klip video lagu ‘single’ terbarunya berjudul Sakura mula ditayangkan di Astro Ria pada malam Sabtu.
Selain sibuk memenuhi pelbagai undangan nyanyian, Adira juga sedang merakamkan lagu tema sebuah drama televisyen yang bakal ditayangkan pada pertengahan tahun ini.
0 comments:
Post a Comment