Tuesday, 24 January 2012

Gadis Dikurung Selama 9 Tahun Oleh Bapanya

Filled under:


Baitulmaqdis – Pihak berkuasa Palestin berjaya membebaskan seorang gadis yang telah dikurung oleh bapanya di dalam bilik air di kediaman mereka di Tebing barat sejak sembilan tahun lalu.


Jurucakap polis Palestin, Adnan Damiri berkata, gadis yang berusia dalam 20-an itu berada dalam keadaan yang menyedihkan ketika ditemui Sabtu lalu.


“Setakat ini kita tidak mengetahui kenapa dia dikurung,” katanya.


Berikutan itu, katanya, bapa gadis berkenaan yang berusia 48 tahun dan merupakan seorang Arab berwarga Israel telah ditahan.


Dia diserahkan kepada polis Israel.


Dalam pada itu, jurucakap polis Israel, Micky Rosenfeld pula memaklumkan, lelaki berkenaan disyaki mendera gadis tersebut dan telah ditahan sehingga pendakwaan dilakukan di mahkamah, Rabu ini.


Rosenfeld juga memberitahu, ibu gadis tersebut yang tidak lagi menetap bersama keluarganya telah ditahan untuk soal siasat.

0 comments:

Post a Comment