KETIKA aksi Craig Bellamy menjadi tumpuan pada perlawanan Liverpool menentang Wolves, sisi lain penyerang berusia 32 tahun akan dapat dilihat di televisyen iaitu sebuah dokumentari mengenai tugas kebajikan Bellamy di negara Afrika Barat, Sierra Leone.
Sejak lima tahun lalu, Bellamy melaburkan wangnya sebanyak �1.2 juta (RM5.74 juta) untuk menubuhkan sebuah akademi bola sepak yang bukan berteraskan keuntungan di wilayah Kono dan bersama dengan Unicef, menganjurkan liga bola sepak kebangsaan di negara yang mana kegiatan pasukan terhebat mereka tergendala akibat kekurangan dana.
CERIA...Bellamy bersama kanak-kanak di Sierra Leone. |
PESAN BINTANG...Bellamy sempat memberi nasihat kepada 'anak buahnya'. |
“Saya tidak melakukannya supaya orang mempunyai pandangan berbeza mengenai saya,” kata Bellamy. “Ia tidak penting sama sekali bagi saya.”
Begitupun bukan keindahan personaliti Bellamy akan menjadi tumpuannya.
“Keindahan negara itu, ia benar-benar menakjubkan,” katanya mengenai Sierra Leone. “Apa yang saya dapati lebih menakjubkan adalah ke mana saja saya pergi, semua orang mengenali saya. Kita bercakap mengenai perkampungan di Afrika yang masih terdiri daripada pondok. Kemudiannya seorang kanak-kanak berjalan dengan menyarung jersi Steven Gerrard.
“Kanak-kanak ini bukan bermain dengan sebiji bola tetapi menggunakan stokin yang digumpal atau oren tetapi kecintaan mereka terhadap sukan itu sama seperti yang kita rasai 20 atau 30 tahun lalu.
“Dengan adanya komputer dan kereta, jarang sekali anda melihat kanak-kanak bermain di jalanan lagi. Sierra Leone mengembalikan ingatan itu dan membuat saya terfikir: “Saya ingin lakukan sesuatu”.
“Saya ingin membantu mereka yang berdepan situasi lebih buruk dan memberi saya lebih kepuasan daripada apa yang saya dapati daripada bola sepak. Sama ada saya boleh mencapai sesuatu dalam bola sepak atau tidak, saya boleh kembali ke Sierra Leone dan lihat apa yang boleh saya bantu.”
Pembabitan Bellamy di Sierra Leone bermula sejak 2007 apabila dia melawat seorang rakan dari Cardiff yang bekerja di bahagian pembinaan. Ia mencetus perubahan buat Bellamy tetapi prosesnya semakin berkembang pesat baru-baru ini.
Kematian Gary Speed menjadi pendorongnya, satu peristiwa yang masih memberi kesan mendalam terhadap Bellamy setiap hari. Dia menarik diri daripada perlawanan liga menentang Manchester City pada hari kematian Speed dan di Anfield, mereka melihat pemain itu ‘memerlukan pertolongan’.
Mereka mengaturkan pertemuan Bellamy dengan pakar psikologi sukan, Steve Peters yang pernah bekerja sama dengan pelumba basikal Chris Hoy dan Bradley Wiggins.
Bagi Bellamy, pertemuan itu membawa perubahan dan menjadikannya lebih tenang.
“Gary bukan saja sekadar teman sepasukan tetapi juga idola saya dalam bola sepak dan seseorang yang saya ingin jadikan contoh,” katanya.
0 comments:
Post a Comment