Ahmad Said (dua dari kiri) melihat kenderaan rasmi LTdL 2012 pada majlis penyerahan penajaan bernilai RM1 juta di Wisma Darul Iman Kuala Terengganu, semalam. |
KUALA TERENGGANU - Terengganu memutuskan untuk menaja perlumbaan jelajah berprestij, Le Tour de Langkawi (LTdL) sejajar dengan kemasyhuran sukan itu dan limpahan kesannya kepada negeri.
Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Said berkata, apatah lagi negeri ini sudah bangkit sebagai kuasa sukan termasuk dalam sukan berbasikal dengan penglibatan para atletnya yang membawa membawa nama negara.
Menurutnya, liputan media antarabangsa dari 70 buah negara bukan sekadar mempamerkan aksi kayuhan 22 pasukan profesional, malah mampu mengetengahkan negeri ke persada dunia dan menjana industri pelancongan serta peluang ekonomi.
"Liputan media asing selama 10 hari sudah tentu memberi promosi meluas kepada Terengganu menerusi penyiaran kepada ratusan juta penonton," katanya selepas majlis penyerahan penajaan LTdL bernilai RM1 juta di Wisma Darul Iman di sini semalam.
Pengarah Pengurusan Sukan Majlis Sukan Negara (MSN), Datuk Ab. Jalil Abdullah menerima tajaan berkenaan daripada Menteri Besar yang mewakili penganjur iaitu Kementerian Belia dan Sukan, MSN dan Persekutuan Kebangsaan Berbasikal Malaysia (MNCF).
Hadir sama, Pengerusi Jawatankuasa Belia dan Sukan negeri, Rozi Mamat dan Setiausaha Kerajaan negeri, Datuk Mazlan Ngah.
LTdL akan bermula pada 24 Febuari dan buat pertama kalinya jelajah berstatus 2.HC pada kalendar perlumbaan Kesatuan Berbasikal Dunia (UCI) akan ditamatkan di Kuala Lumpur. - Utusan,com,my
0 comments:
Post a Comment