Monday, 30 January 2012

Tuah Awan Nano

Filled under:



KUALA LUMPUR: Lagu Awan Nano nyanyian Hafiz AF7 dinobatkan Juara Anugerah Juara Lagu edisi ke-26 yang berlangsung di Stadium Putra Bukit Jalil, malam tadi.
Dengan kemenangan itu, lagu ciptaan Datuk M Nasir dan lirik oleh Buddhi Hekayat itu sekali gus berjaya membawa pulang hadiah wang tunai keseluruhan berjumlah RM35,000 dan trofi.

Manakala lagu Beribu Sesalan (Jacklyn Victor, Ning Baizura dan Shila Amzah) mendapat tempat kedua dan lagu Karma (Faizal Tahir) pula menduduki tempat ketiga. Masing-masing meraih hadiah wang tunai, RM15,000 dan RM12,000 serta trofi.

Bagi kategori Vokal Terbaik, juri sebulat suara memilih Hafiz menerusi lagu Awan Nano yang membolehkan dia menggondol wang tunai RM10,000 serta trofi.


Sementara itu, persembahan mantap Alyah ketika mendendangkan lagu Kisah Hati berjaya memikat juri sehingga melayakkannya kategori Persembahan Terbaik dan membawa pulang wang tunai RM10,000 dan trofi.


Lagu lain yang bertanding pada AJL26 kali ini termasuklah Kalau Berpacaran nyanyian Shohaimi Mior Hassan, Ana Raffali & Altimet, Penakut (Yuna), Sedetik Lebih (Jaclyn Victor), Gadis Semasa (Yuna), Cinta Muka Buku (Najwa Latif), Kekanda Adinda (Atilia, Monoloque), Wanita Seluruh Dunia (Projek Pistol), Sungai Lui (Aizat) dan Kisah Hati (Alyah).




0 comments:

Post a Comment