Monday, 19 March 2012

(Video CCTV) Kes Langgar Lari Pelumba Basikal, Rafizi Hamdan Maut

Filled under:


Kes langgar lari yang berlaku di Lebuhraya Lingkaran Tengah 2 (MRR2), di kilometer 20.2, Taman Melawati, pagi semalam (18 Mac 2012) mengejutkan rakyat Malaysia. Mangsa yang dikenali sebagai Pelumba Kelab Basikal Le Tua, Rafizi Hamdan, 37, maut dalam satu kejadian langgar lari tersebut.

Kejadian langgar lari ini berlaku sekitar jam 7.50 pagi itu, di mana mangsa dirempuh dari belakang oleh sebuah Proton Saga yang dipercayai dipandu laju. Pemandu kenderaan itu terus melarikan diri tanpa menghiraukan langsung keadaan mangsa, malah memecut laju dari tempat kejadian menyebabkan mangsa tercampak jauh.

Tapi, Allah Maha Adil kerana, no pendaftaran kereta Proton Saga yang langgar lari Rafizi tertanggal berhampiran mayat mangsa. Nak lari mana bro? Jom, kita lihat gambar yang lain dan Video CCTV Kes Langgar Lari Rafizi Hamdan yang memang sadis! 

Rafizi yang dikatakan dalam perjalanan mengayuh basikal untuk bertemu ahli kelab yang lain di Hospital Orang Asli, Batu 12, Gombak, meninggal dunia di tempat kejadian selepas mengalami kecederaan serius di kepala. Mangsa meninggalkan seorang isteri dan dua orang anak.

Video CCTV Kes Langgar Lari Pelumba Basikal

0 comments:

Post a Comment