Thursday, 31 May 2012

Babak Berahi Remy Ishak Dan Diana Danielle Dalam Filem Jiwa Taiko

Filled under:

Mendengar nama filem sahaja sudah kedengaran ‘otai’, Filem Jiwa Taiko yang diarahkan oleh pengarah filem Ombak Rindu dan dibintangi Remy Ishak sebagai hero dan Diana Danielle sebagai heroin bakal mencetuskan kehangatan tersendiri. Maksud ‘hangat’ yang cuba kami sampaikan ialah apabila ada babak berahi yang terjadi antara Remy dan Diana.


Di dalam filem ini, Remy Ishak memegang watak sebagai Firman yang mana beliau merupakan seorang bekas banduan telah bertemu dengan Trisya lakonan Diana Danielle ketika berada di pusat pemulihan. Bibit cinta antara mereka berputik dan ada diantara babak-babak di dalam filem itu yang mana Firman dan Trisya dilihat berpelukan, berciuman dan melakonkan beberapa aksi yang menggairahkan.

Babak antara Trisya dan Firman ‘berciuman’ telah dipotong oleh Lembaga Penapisan Filem dan menimbulkan tanda soal tentang kebenaran aksi ‘bercium’ itu. Apabila disoal media, kekasih kepada Tiz Zaqyah, iaitu Remy Ishak menegaskan yang itu semua hanyalah babak di dalam lakonan. Dia tidak berniat untuk melakukan lebih daripada itu dan sebagai seorang pelakon, tugasnya hanyalah perlu menghidupkan watak.

Jawapan cliche artis setiap kali melakonkan watak sebegitu. Remy Ishak juga mendakwa, dia hanya pencerita di dalam filem itu, setiap lakonan yang dilakukan bersifat positif dan profesional, tidak ada unsur keterlaluan kerana Diana Danielle juga begitu. Janji niat mereka berlakon adalah untuk menyampaikan nasihat kepada penonton.

Apa pun Remy, nasihat kami, niat tidak selalu menghalalkan cara. Take it or leave it.

0 comments:

Post a Comment