Thursday, 31 May 2012

Budak 12 Tahun Seks Dengan 15 Lelaki

Filled under:

Pada usia 12 tahun, seorang kanak-kanak perempuan sudah aktif melakukan seks dengan 15 lelaki berbeza. Salah seorangnya ialah lelaki berusia 35 tahun, hampir tiga kali ganda daripada usia kanak-kanak itu seperti yang dilaporkan oleh The New Paper. Kejadian yang berlaku di Singapura ini berlaku pada sekitar tahun 2008 yang lalu.

Rahsia gelap kanak-kanak ini terbongkar apabila dia mengadu sakit perut dan muntah-muntah. Dia dirawat di National University Hospital dan hasil pemeriksaan menunjukkan bahawa dia hamil. Pada waktu itu, kanak-kanak itu baru mencecah usia 13 tahun dan telah mengaku melakukan hubungan seks dengan "beberapa orang lelaki". Pengakuan kanak-kanak itu telah mendorong polis membuat siasatan dan hasilnya enam pasangan seks kanak-kanak ini berjaya dikesan dan ditahan.

Salah seorang daripada lelaki itu mengaku melakukan hubungan seks dengan kanak-kanak bawah umur itu ialah guru pelatih di National Institute of Education. Lelaki berusia 23 tahun itu mengaku melakukan hubungan sek dengan kanak-kanak itu yang pada ketika itu berusia 12, di apartmennya sekitar bulan September 2007.

Guru pelatih dan lima lelaki lain yang melakukan seks dengan kanak-kanak itu telah dikenakan denda dan hukuman penjara. Pada ketika hukuman dijatuhkan kesemua tertuduh berusia antara 19 hingga 35 tahun.

0 comments:

Post a Comment