Masa: pukul 12-2 sekita tahun 2001-2002
Mangsa:Student kolej (bf roommate adik saya)
Tempat:Kolej kat area Nilai (terpaksa rahsiakan)
Suspek:Penunggu kot tak pon kok pon....
Kisah ini diceritakan oleh adik saya..bukan pengalaman saya sendiri…so saya crita macam mana yang saya dengar ler...
Kejadian nih berlaku semasa adik saya menyambung pelajarannya disebuah kolej di Nilai N9…adik saya nih selepas SPM dia bekerja dulu…lepas tiga tahun keja baru sambung belajar.. amik diploma sains computer..diploma dari UPM…kire kolej kerjasama ler…
Berbalik kepada kisah tadi…adik saya nih student batch kedua kat kolej nih..kiranya kolej nih baru sahaja beroperasi masa tu..semasa minggu orentasi pon dah ada terdengar cerita2 dari senior diaorang yg kawasan kolej nih memang keras..tapi diorang buat taktau jer..maklumlah adik saya dan roommate dia semuanya tak pernah alami lagi benda-benda macam nih…
Salah sorang dari roommate adik saya nih ada bf yang study kat situ jugak so memang selalu ler bergayut..kadang-kadang bergayut sampai pukul 2-3 pagi..tengah kemaruk cintan ler katakana…masa nih tak ramai yang mampu pakai handphone so mmg public phone ler yg selalu digunakan untuk berhubung. Roommate adik saya nih pakai handphone…
Nak dijadikan cerita ada satu malam nih mamat nih telefon ler awek dia..punya sedap berborak sampai tak perasan jam dah dalam kol 1.00 pagi lebih..so awek dia tanya ler tak nak balik hostel lagi ker…dah lewat dah nih…bf dia cakap takper tak kisah…awal lagi..lagipon nak takut apa…awek dia suruh balik ler..dia cakap dia dah selalu dengar org kena kacau time guna public phone tuh..tambah2 lagi public phone tuh mengadap kearah hutan…bf dia dengan sombong berkata..alah abang tak kacau dia..kalau dia kacau abang memang nak carik nahas ler…sambil2 cakap tuh bf dia nih memang sedang mengadap kearah hutan tu…dengan tak semena-mena dia nampak macam pompuan sedang jalan melintas antara bangunan dan pagar yang memisahkan hutan tuh…
bulu roma dia dah meremang tapi dia masih boleh bertahan lagi..siap bagitau awek dia yang dia nampak perempuan melintas kat bangunan tu…awek dia apalagi mmg cepat-cepat ler suruh bf dia balik…tapi sekali lagi bf dia menolak…perasaan dia jer kot katanya pada awek dia….kalau betul hantu apasal dah takde katanya…sebaik saja dia cakap macam tuh sekali lagi dia nampak perempuan tadi berjalan antara bangunan dan hutan…kali nih lagi best..jalan secara mengundur plak pastuh bila sampai tengah-tengah kiranya betul2 didepan mamat nih ler…boleh plak dia stop dan berpaling kearah mamat nih…punya ler terkejut mamat nih bila tengok muka pompuan nih licin macam telur…xder anggota mata, hidung dll..apalagi lagi melompat ler mamat nih buka langkah seribu..sampaikan tak sempat nak letak telefon…siap menjerit lagi kat telefon tu…menurut cerita adik saya mamat nih demam dekat seminggu jugak…tak lama lepas tuh pengurusan kolej tuh panggil ustaz untuk pagar kawasan tuh coz ramai sangat yang kena sakat.
0 comments:
Post a Comment