KUALA LUMPUR : Tuah ayam nampak di kaki, tuah manusia siapa yang tahu. Namun, bagi Murai Batu, tuah pelakon baru iaitu Johan Ashari semakin menjadi-jadi selepas dia berjaya membawa watak Botak dalam drama Juvana.
Malah, ia terbukti selepas Johan memenangi artis baru lelaki popular Anugerah Bintang Popular ke -25 baru-baru ini.
Bagaimanapun, sudah adat menjadi artis popular. Murai Batu ada mendengar cerita bahawa ada segelintir artis tidak menyenangi dengan sikap Johan yang kini sedang intim dengan Nabila Huda.
Bukan cemburu dengan populariti yang dikecapi Johan, Murai Batu dapat tahu, gaya dan lagak Johan ketika hadir di beberapa majlis hiburan didakwa sangat poyo dan seperti orang jakon.
Dalam erti kata lain, Johan suka terkinja-kinja tanpa sebab sehingga artis yang sama-sama berada di majlis berkenaan meluat dan risau kelakuannya itu boleh mendatangkan mudarat kepada artis lain.
Sungguhpun Murai Batu tidak tahu perangai sebenar Johan, namun menurut sumber itu lagi, jika Johan terus bersikap sebegini ianya boleh mengundang spekulasi bahawa Johan seorang artis yang mengalami kejutan budaya.
Selain mendengar luahan mengenai sikap Johan ini, ramai keliru dengan Johan Ashari dan Johan Raja Lawak.
Malah, ada cerita negatif tentang Johan Ashari telah ditunding ke arah Johan kerana nama Johan Raja Lawak lebih popular berbanding Johan Ashari.
Untuk itu, kepada sesiapa yang ingin menyampaikan sebarang cerita mengenai kedua-dua figura popular ini, anda perlulah jelaskan lebih dulu Johan yang mana satu supaya kesilapan tidak berlaku.
Nanti, kerana Johan Ashari buat silap Johan Raja Lawak pula menanggung beban. Kasihankan?
MURAI BATU: Dulu selalu keliru dengan cerita Faizal Tahir, Faizal Hussein, Faizal Ismail dan arwah Faizal Yusof. Siapa lagi artis kongsi satu nama? – Murai
0 comments:
Post a Comment