Apa yang menjadi penyebab pemanasan global dulunya? Banyak yang meyakini bahawa ini akibat campur tangan makhluk penguasa bumi yang merosakkannya. Tentu hal ini berlaku untuk manusia. Namun bagaimana dengan dinosaur?
Percaya atau tidak, kentut dinosaur mungkin menjadi salah satu faktor pendorong perubahan iklim yang dahsyat. Iya, kentut!
Sekumpulan penyelidik di United Kingdom meyakini bahawa jumlah metana yang dihasilkan oleh spesies dinosaurs terbesar berperanan dalam percepatan pemanasan global jutaan tahun lalu, yang berakhir dengan percepatan punahnya kewujudan mereka. Dilansir dari BBC, para penyelidik mendedahkan bahawa bakteria dan mikrob lain dalam sistem pencernaan sauropod (dinosaur berleher panjang) raksasa dapat menghasilkan hingga 520 juta tan padu gas per tahun.
Teori ini diamati melalui hasil dari pengeluaran metana dari lembu. Kentut lembu juga menyumbang terhadap kesan pemanasan global. Anggaran terkini menunjukkan pengeluaran metana lembu antara 50-100 juta tan padu per tahun. Belum lagi dengan penggundulan hutan berhektar-hektar untuk lahan lembu.
Pembebasan metana kini dianggarkan sekitar 500 juta tan pada tahun, sedikit di bawah pengeluaran sang dinosaur dan mikroba di dalamnya 150 juta tahun lalu.
0 comments:
Post a Comment