Sunday, 16 December 2012

Datuk K Terlantar 10 Hari, Tak Boleh Bergerak

Filled under:


Akibat kemalangan yang menimpa Datuk K yang juga merupakan suami kepada penyanyi tersohor, Dato' Siti Nurhaliza, ahli perniagaan itu patah bahu dan kini dilaporkan dalam keadaan stabil.Bagaimanapun memetik kenyataan di Kosmo!, seorang kenalan rapat beliau memaklumkan yang DATUK mengalami mungkin terlantar selama 10 hari di Hospital Southland, Invercargill, New Zealand.

Beliau yang enggan dikenali bagaimanapun berkata, keputusan untuk membawa pulang Datuk K bagi menjalani rawatan di Malaysia bergantung kepada keluarga ahli perniagaan itu sendiri.

Keputusan tersebut juga bergantung kepada tahap terkini kesihatan Datuk K.

Yang pasti, katanya, Datuk K yang patah bahu, tangan dan kaki akibat kemalangan tersebut perlu menjalani rawatan rapi.

Datuk K berada di New Zealand atas urusan perniagaan dan beliau menghabiskan masa petangnya di bandar Queenstown dengan menunggang motosikal sebelum terjadinya kemalangan tersebut, pada Khamis lalu

0 comments:

Post a Comment