Hanya tinggal kurang 20 hari lagi Research In Motion (RIM) akan melancarkan sistem operasi baru BlackBerry 10 yang dijangka akan diadaka pada 30 Januari 2013. RIM dikatakan akan memperkenalkan 2 peranti mudah alih terbaru mereka selaras dengan pengenalan sistem operasi baru.
Terbaru, laman web RapidBerry telah mendedahkan 9 gambar terbaru BlackBerry 10. Gambar ini dipercayai merupakan gambar bagi tujuan pengiklanan dan promosi oleh RIM apabila BB10 dilancarkan nanti. Kualiti gambar amat tinggi. Namun hanya gambar dan fungsi baru BB10 sahaja yang terdapat pada gambar tersebut. Penerangan jelas fungsi gambar tidak didedahkan.
Gambar pertama mendedahkan fungsi BBM Video yang membolehkan pengguna membuat panggilan video. Agak menarik. Ada 3 bebutang pada gambar di atas iaitu bebutang bagi menukar kamera hadapan atau belakang, mikrofon dan 1 lagi mungkin fungsiscreen share yang ingin diperkenalkan oleh RIM
Gambar kedua memaparkan BlackBerry Browser iaitu pelayar web bagi BB10. Oleh kerana peranti tersebut menggunakan skrin sentuh sepenuhya, ia mungkin adalah BlackBerry Z10. Berdasarkan gambar tersebut, pelayar web BB10 memaparkan web dalam bentuk thumbnail.
Gambar ketiga memaparkan fungsi BlackBerry Calendar. Tidak diketahui apa yang menjadi keistimewaan pada fungsi ini. Adakah BB10 menawarkan sesuatu yang unik pada kalendar dalam telefon pintar?
Gambar keempat pula memaparkan fungsi BlackBerry Hub yang menawarkan paparan pengguna dan navigasi yang lebih mudah, pantas dan mesra pengguna. Berdasarkan maklumat sebelum ini, BB Hub akan menempatkan semua notifikasi di satu tempat yang mudah diakses.
Gambar kelima memaparkan fungsi BlackBerry Keyboard. RIM dipercayai telah mengubah beberapa fungsi pada papan kekunci bagi peranti BB10 yang akan memudahkan pengguna menaip dengan lebih pantas.
Gambar keenam pula memaparkan fungsi BlackBerry Balance yang membolehkan pengguna mempunyai 2 profail iaitu peribadi dan kerja. Pengguna boleh menukar profail dengan mudah dan bagi profail kerja, maklumat akan dienkrip (encripted) dan diberi sekuriti penuh.
Gambar ketujuh memaparkan fungsi BlackBerry World. Kami tidak pasti buat masa ini apa yang ditawarkan oleh fungsi ini. Ia mungkin BB App World seperti mana Google Play Store dan Apple Store. Sekiranya BB Wolrd adalah BB App World, ia mungkin berkaitan aplikasi yang ditawarkan pada BB10 yang disasarkan akan mempunyai lebih 100 ribu aplikasi.
Gambar kelapan pula memaparkan fungsi BlackBerry Remember. Menurut BerryReview, BB Remember akan diintegrasikan dengan aplikasi pihak ketiga seperti Evernote yang membolehkan pengguna menetapkan sasaran dan tugasan serta memantau perkembangan dari masa ke semasa sehingga sasaran berjaya dicapai.
Gambar terakhir pula memaparkan fungsi BlackBerry Time Shift Camera. Tidak pasti apa sebenarnya fungsi ini. Yang pasti ia fungsi bagi menambahbaik gambar yang dirakam melalui lensa kamera peranti BB10.
Apa pendapat pembaca? Adakah pembaca teruja menantikan pelancaran BlackBerry 10 serta peranti mudah alih yang akan diperkenalkan nanti pada 30 Januari ini?
0 comments:
Post a Comment