Monday, 14 January 2013

Alif Aziz Nak Tumbuk Pengacara Biadap

Filled under:


Ketika di sebuah persembahan pentas baru-baru ini, seorang pengacara wanita dikatakan telah mengutuk dan memerli Aliff Aziz hingga menyebabkan penyanyi itu merasa bengang dan marah.

Berikut adalah luahan hati Aliff Aziz yang ternyata tidak puas hati dengan pengacara wanita tersebut:

“Memang saya sangat bengang dengan pengacara wanita yang mengendalikan sebuah persembahan baru-baru ni. Kalau ikut marah memang rasa nak tumbuk sahaja tapi tak mungkin saya buat macam tu.

“Dalam sebuah acara baru-baru tu, sementara nak umum saya menyanyi, dia boleh kutuk dan perli saya macam-macam. Katanya lagu saya yang satu saja popular dan macam-macam kutukan yang buat saya panas hati.

“Masalahnya apa yang dia cakap tu memang menyakitkan hati saya dan memang tak bertimbang rasa. Kalau nak buat lawak pun biarlah kena pada tempat.

“Bukan main hentam keromo sampai buat saya rasa kurang senang dan tak ada mood. Jadi saya anggap pengacara macam ni tak profesional dan memang perlu banyak belajar untuk jadi orang yang hebat.

“Kalau dia tak minat saya pun sekurang-kurangnya tunjuk sikit rasa sensitif dan rasa respect pada semua. Bukan main cakap ikut sedap mulut saja,”

0 comments:

Post a Comment