Sepang: Lima beranak mualaf disyaki memeluk Islam dengan bermotifkan wang selepas dikesan melafaz kalimah syahadah sebanyak empat kali di masjid serta surau berbeza di daerah ini dan Shah Alam, sebelum mengaut sumbangan orang ramai berjumlah lebih RM11,000.
WANITA terbabit bersama dua anak perempuannya. |
Setakat ini, kariah di sekurang-kurangnya satu masjid dan tiga surau menjadi mangsa penipuan lima beranak itu yang kebiasaannya datang ketika waktu Maghrib dan menyatakan hasrat mahu memeluk Islam.
Si ibu ‘berlakon’ kononnya mereka sekeluarga mahu memeluk Islam, tetapi terpaksa melarikan diri sehelai sepinggang daripada suami yang tinggal di Mantin, Negeri Sembilan, selepas mendapat ancaman.
MOHD Rashid menunjukkan laporan polis dibuatnya. |
0 comments:
Post a Comment