Tuesday, 8 January 2013

Pakej Komunikasi Belia : Digi Tawar Galaxy Note 2, HTC One X & Banyak Lagi Untuk Rebet RM 200

Filled under:



Seperti yang dijanjikan, hari ini Digi secara rasmi telah mengumumkan senarai telefon dan senarai Digi Stores bagi rebet RM200 untuk belia di bawah inisiatif Pakej Komunikasi Belia (PKB) yang bermula 1 Januari 2013.

Pada 4 Januari yang lepas, Digi telah mengumumkan bahawa akan menawarkan senarai telefon pintar 3G kepada belia bermula hari ini. Digi telah mengotakan janjinya. Apa yang menarik berkenaan tawaran Digi ialah mereka menawarkan 2 kategori pilihan kepada belia yang layak iaitu pelan pascabayar (postpaid) dan pelan prabayar (prepaid). Sebelum kita melihat tawaran telefon pintar 3G melalui kedua-dua pelan mereka, kami akan terangkan terlebih dahulu syarat langganan pelan jalur lebar kepada pembaca.

SyaratLanggananPelanJalurLebar

Seperti yang kita telah kami laporkan sebelum ini, antara syarat Pakej Komunikasi Belia ialah keperluan untuk melanggan pelan jalur lebar jika belum melanggan mana-mana pelan jalur lebar oleh syarikat telekomunikasi. Oleh itu, Digi telah membuat ketetapan seperti berikut bagi membolehkan belia yang layak membeli telefon pintar 3G daripada mereka:

1.PenggunasediaadaDigisamaadapelanprabayarataupascabayar

  • Bagi pengguna sedia ada yang telah melanggan pelan Internet Digi, anda boleh terus membuat pilihan telefon pintar 3G yang ditawarkan.
  • Bagi penguna yang belum melanggan pelan Internet Digi, anda dikehendaki melanggan pelan Internet Digi iaitu Mobile Internet Weekly 300Mb dengan bayaran RM 15.


2.BukanpenggunasediaadaDigi

  • Anda perlu mendaftar pelan prabayar Digi dengan pelan Internet Digi iaitu Mobile Internet Weekly 300Mb (RM15), atau
  • Langgan pelan pascabayar Digi sama ada pelan iDigi atau pelan DG Smart.

Digi juga akan memberikan tambah nilai RM10 secara percuma apabila belia membeli telefon pintar 3G daripada mereka. Soalah yang pasti ditanya oleh belia ialah “adakah kami dikenakan tempoh kontrak?. Berdasarkan pengamatan kami, bagi pelan prabayar yang ditawarkan Digi bagi Pakej Komunikasi Belia adalah tanpa kontrak.

Namun, bagi pelan pascabayar, belia akan terikat dengan tempoh kontrak tetapi dengantambahan penjimatan yang ditawarkan oleh Digi. Kami akan mendapatkan maklumat lanjut dari pihak Digi berhubung perkara tersebut. Sebelum itu, kita lihat telefon pintar yang ditawarkan oleh Digi.


PelanPrabayar

Bagi pelan prabayar, buat masa ini, Digi menawarkan hanya 2 telefon pintar 3G iaitu telefon pintar Samsung Galaxy Y dengan harga RM 169 (harga asal peranti RM 369) dan HTC One X yang dijual pada harga RM 1,549 (harga asal peranti RM 2,099, harga biasa tawaran Digi RM 1,749).
digi pkb offer 02


PelanPascabayar

Sekiranya dilihat secara imbas, Digi hanya menawarkan 2 telefon pintar 3G bagi pelan pascabayar iaitu Samsung Galaxy Note 2 yang berharga RM 1,199 dan Samsung Galaxy S3 yang berharga RM899. Harga yang ditawarkan bagi kedua-dua peranti ini memerlukan pengguna melanggan pelan DG Smart 88 dengan kontrak 24 bulan.
digi pkb offer 01
Sebenarnya, Digi bukan sahaja menawarkan 2 pilihan telefon pintar 3G bagi pelan pascabayar. Digi menawarkan mana-mana telefon pintar 3G yang ada pada senarai di Digi Online Store untuk membolehkan belia mendapat tambahan rebet RM 200 di samping diskaun dan rebet sedia ada yang ditawarkan mereka. Berdasarkan kiraan yang dibuat oleh kami, terdapat 14 pilihan telefon pintar 3G yang ditawarkan oleh Digi di dalam Digi Online Store. Untuk makluman pembaca, tablet tidak ditawarkan dengan rebet RM 200 di bawah PKB.
digi pkb offer 03Senarai telefon yang ditawarkan oleh Digi Online Store. Hanya telefon pintar 3G layak mendapat rebet RM200

Pilihan telefon pintar 3G ini termasuklah Google Nexus 4 yang baru sahaja dilancarkan oleh Digi semalam iaitu pada 7 Januari 2012. Belia boleh memilih pelbagai jenis telefon dengan beberapa pilihan pelan Digi serta pilihan kontrak sama ada 3 bulan (zero kontrak bagi sesetengah peranti sahaja), 12 bulan atau 24 bulan. Kelebihan pembelian telefon pintar 3G dengan kontrak ialahtambahan penjimatan (diskaun pada peranti dan rebet bulanan) tetapi pengguna terikat dengan kontrak. Bagi belia yang tidak berminat dengan pelan pasca bayar, belia masih boleh memilih 2 model telefon pintar dalam pelan prabayar.


Senarai Kedai/Pengedar Bagi Tuntutan Rebet RM200

Bagi belia yang berminat untuk mendapatkan telefon pintar 3G dengan rebet RM200 di bawah Pakej Komunikasi Belia dari syarikat telekomunikasi Digi, anda boleh mendapatkannya di 21 premis Digi Stores mereka di seluruh negara, dari Putrajaya sehinggalah ke Sabah dan Sarawak. Digi dijangka akan menambah senarai premis bagi tuntutan rebet RM 200 ini dari masa ke semasa.
digi pkb store


Perlu diingatkan juga bahawa, pembelian telefon pintar 3G bagi rebet RM200 ini hanya ditawarkan di premis Digi Stores yang disenaraikan sahaja. Pembelian secara atas talian melalui Digi Online Store tidak membolehkan belia menuntut rebet RM 200.

Untuk mendapatkan senarai penuh premis Digi Stores bagi rebet RM 200, pembaca boleh berkunjung ke laman web Digi (Participating Digi Stores). Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang pelbagai artikel berkenaan Pakej Komunikasi Belia sama ada syarat permohonan, cara memohon dansenarai telefon dari syarikat telekomunikasi, anda boleh melayari laman web kami di Laman Khas Pakej Komunikasi Belia, MyTetikus. Kami akan sentiasa mengemas kini dari masa ke semasa untuk memudahkan pembaca khususnya belia.

0 comments:

Post a Comment