Dunia Akhir Zaman!!! Orang Utan DiJadikan Pemuas Nafsu Di Indonesia (Gambar & Video) | Pony
merupakan seekor Orang Utan betina yang telah dijumpai di perkampungan
pelacur di Kepulauan Borneo, Indonesia. Ketika dijumpai, seluruh tubuh
Pony telah dicukur dan terdapat kesan gigitan nyamuk yang banyak pada
badannya. Pony telah ditangkap dan dicukur bagi membuatkan ia lebih
cantik dan dilanggan oleh lelaki yang mengunjungi perkampungan tersebut.
Apabila lelaki mendekatinya, Pony akan membelakangkan pelanggannya dan
membuat aksi seolah-olah sedang melakukan seks. Pony dipercayai telah
ditangkap sejak kecik dan telah dilacurkan oleh seorang yang dikenali
sebagai Madam. Ketika pihak Orangutan Survival Foundation mendapat tahu
akan perkara ini, penduduk kampung berkenaan telah menghalang daripada
Pony diselamatkan kerana Pony merupakan salah satu sumber pendapatan
penduduk kampung tersebut.
Selama setahun pihak Orangutan Survival Foundation cuba untuk
menyelamatkan Pony tetapi gagal kerana setiap kali pihaknya datang ke
kampung tersebut, Madam dan penduduk kampung tersebut akan bersedia
dengan sumpit beracun dan mengugut untuk menyerang sesiapa sahaja yang
mendekati Pony.
Tidak berputus asa, pihak Orangutan Survival Foundation berjaya
mengumpul dana dan membawa 35 anggota polis yang lengkap bersenjatakan
AK-47 dan memaksa pihak Madam menyerahkan Pony. Akhitnya Pony berjaya
diselamatkan dan dirawat di kawasan hutan simpan.
0 comments:
Post a Comment