Sunday, 10 June 2012

Cara Urutan Asmara Yang Betul (bacaan dewasa)

Filled under: ,


Hubungan seks lebih seronok jika dimulakan dengan foreplay. Mungkin sebelum ini teknik usapan serta bisikan manja menjadi amalan tetapi tidak salah dengan tambahan urutan yang mengghairahkan. Selain menyihatkan ia juga satu aktiviti yang menyeronokkan terutamanya bagi pasangan yang baru melangkah ke alam perkahwinan. Tentunya lokasi yang paling sesuai ialah di kamar tidur atau sekiranya anda sedang berbulan madu, maka gunakan ruang ‘persendirian’ yang diberi sebaik-baiknya.

Bersedia dengan alas kain yang lembut serta taburkan beberapa jenis bunga seperti lili, melati dan ylang-ylang untuk membangkitkan suasana ghairah. Di samping itu, pastikan cahayanya juga sedikit samar atau mungkin untuk lebih romantik maka nyalakan beberapa batang lilin aromaterapi yang tentunya ‘menghidupkan’ malam anda. Setelah itu, dapatkan pakaian ‘tukang urut’ yang sesuai. Gunakan material yang lembut bagi menarik perhatian suami. Bayangkan, saat pakaian anda menyentuh tubuhnya, pasti sensasi seksual dirasai sekalipun jemari masih belum menyentuhnya.

Susuli dengan urutan yang lembut. Bukannya urutan tukang urut biasa yang menyakitkan ya. Variasikan dan biarkan gerakan jemari anda menjelajah ke seluruh tubuhnya. Selagi ia perlahan, lembut dan tidak menyakitkan maka anda sebenarnya
telah berjaya. Berikut beberapa jenis urutan yang boleh digunakan sebagai panduan. Cubalah!

Gunakan salah satu tangan dengan jari tengah untuk mengurut di bahagian tulang belakang. Lakukan silih berganti hingga ke bahagian tulang punggung.


2. Gerakan Kupu-kupu

Lebarkan jemari anda dan letakkan ke tubuh pasangan dengan lembut. Mulakan gerakan berputar (seperti kupu-kupu berterbangan) dan biarkan ia menjalar ke atas dan bawah. Susuli dengan usikan-usikan manja sehingga dia terasa teruja.


3. Mengepal Tangan

Urutlah pasangan dengan kedua belah tangan dikepalkan sementara ibu jari menekan (di bahagian sisi ibu jari dan bahagian tengah ibu jari) ke atas dan bawah sisi tubuh serta belakang kaki.


4. Meramas Bahu

Urutan ini cukup mudah dilakukan. Hanya ramas bahagian bahu, tengkuk serta lengan bagi membuatkan pasangan tenang dan selesa.


5. Urutan Tubuh

Mempraktikkan teknik ini pasti membangkitkan sensual pasangan untuk terus melanjutkan aksi ke peringkat seterusnya. Selain mengghairahkan, ia juga membuatkan pasangan berasa sangat selesa. Berikan dakapan hangat penuh mesra. Haruman losyen serta suasana romatik yang sengaja diatur membuatkan detik yang dilalui cukup bermakna.


Tips Ketika melakukan urutan sensual :

- Tanggalkan segala perhiasan yang menempel di tubuh seperti cincin, rantai, jam tangan dan sebagainya kerana ia mampu mencederakan tubuh pasangan sekali gus merosakkan ‘mood’ yang telah diatur.
- Pastikan kuku sentiasa pendek dan bersih ketika jemari ‘menguasai’ tubuh pasangan

- Gunakan bantuan bulu-bulu seperti burung kasuari bagi mencetuskan sensasi yang menggelikan namun menyenangkan.
- Hadiahkan pasangan dengan senyuman yang ikhlas ketika jemari anda menyatu di tubuhnya. Sambil-sambil itu bisikkan ungkapan cinta di telinganya
- Lakukan urutan secara bergilir-gilir. Usah harapkan sebelah pihak sahaja yang ‘bekerja’ sebaliknya bekerjasamalah untuk hasil yang menyeronokkan.

0 comments:

Post a Comment