Sunday, 10 June 2012

Kisah Seram Pelajar Di Luar Negara

Filled under:

 
ai nak share citer ai semasa duk di China setahun. Ada beberapa kisah yang ai kira menarik untuk di kongsi bersama. RainaMizz 
Pertama :

ai ditempatkan di bilik perseorangan sepanjang di sana. bilik itu lebih kurang hotel 1 setengah bintang. ada tilam, tv, telefon, bilik air, almari, meja study dan tingkap. Bilik tu, bertukar penghuni sekali setahun je. tahun 2009, ai yg duk situ..before tu ai tak tahu pun  siapa.. but for sure not muslim lah..

mula-mula masuk, ai macam biasa wat solat dan letak quran kat atas meja study. kehidupan ai di bilik itu tidak menimbulkan masalah, xpernah mimpi pelik2, tak pernah nampak apa2 then till one fine day, after 4 months ai duk situ, kawan2 ai tanya pelik2.. contohnya, kenapa ai tak angkat tepon dia kol (sbb bilik2 kami berdekatan, so kawan2 hanya kol kalau nak tanaya apa2), kenapa ai tak buka pintu bila dia ketuk dan lain2 yg berkaitan la.. sebenarnya, semasa kawan2 ai kol, dan ketuk bilik tu ai xde kat bilik. bila ai ckp masatu ai xde, keluar shopin or lain2.. muka kawan2 ai mcm tak percaya, siap ckp ' wo ting ni shuo aa.." (sy dengar kamu bercakap lah) aduh... mmg saya tak tipu. ok, bende ni berlaku berkali-kali kepada kawan ai yang lain2.. ada la 3,4 org kena benda yg sama. seolah2 semasa ia xde ada org lain dalam bilik ai tu... 

namun, ai masih macam biasa stay kat bilik tu. study, tgk tv, tgk citer hantu..lewat2 malam. Kemuncaknya, apabila seorg kawan ai yg lelaki telah kol bilik ai dan tanya ai samada nak join mereka keluar dinner ramai2. masa kawaan ai kol 'ai' angkat tepon.. jawab nak join.. mmg suara ai..cuma 'ai' ckp mandarin dgn begitu fasihnya (oh, ya ai di wajibkan belajar mandarin di sana). ok la, kawan ai pun tunggu la 'ai' kat hotel bawah tu ramai2... so, bila tunggu2 'ai' tak muncul .. mereka pun kol hanset ai.. tp ai tak perasan.. so, kawan2 ai ambil keputusan utk kol hanset bestpren ai plak.. masa tu mmg ai bersama2 bestpren tu kat tempat makan tunggu kawan2 yg lain (sbb ai di maklum lebih awal tentang perjumpaan dinner ni). bestpren ai ckp la ai dah sampai sana.

Mula2 kawan2 ai sampai, terutama kawan lelaki yg kol bilik ai tu..dia betul2 terkejut.. sbb dia ingat bestpren ai tipu je ai dah sampai..sbb dia kol bilik ai, 'ai' masih ada kat bilik.. ai ingat dia gurau, tp muka dia serius yg amat.. berkali2 dia ckp sumpah2... dia tak tipu, dan mmg ai yg angkat tepon...kawan lelaki ni plak bukan jenis yg kamceng giler dgn ai yg boleh wat lawak ngeri.. dia incharge perjumpaan dinner malam tu... masa tu ai nak nangis dah..mata ai tahan2 air mata, suara ai dah bertukar slow dah..selama ini sapa duk skali dgn ai?? huwaaaaa

ok, lepas makan, ai murung jek.. terpikir..selama berbulan2 ni betul la kawan2 lain ckp 'ai' ada kat bilik... dalam tren balik hotel ai diam je, xnak bercakap.. kawan2 lain yg lain2 pakat2 bisik2 kemudian kawan yg kol bilik tu pun dtg kat ai, ckp dia gurau (dgn nada serius) tp ai tahu dia tak gurau....

lepas tu, mlm tu jugak ai angkat kain baju gi tido bilik member kat sebelah.. dari indonesia.. ilang takut ai jap..




okey, sambung cerita.....

bila ai mintak numpang, kawan ai bagi la tido bilik dia. tapi ye la berapa lama tahan, seminggu, dua minggu ai xselesa la.. walaupun tumpang tido je (siang2 duk bilik sendirik) ai rasa xpatut la, sbb masing2 kan ada bilik. so, ai angkut semula bantal dan selimut kat bilik ai semua.

ai ingat, mybe sbb ai dah lama tak buat baca yasin ke.. so, ai buat la sorg.. mlm tu ai tido situ tanpa tutup lampu bilik dan tanpa tgk citer hantu kt tv. sambil2 tu ai ckp la, ckp ganggu..duk diam2 ai ni penakut.. kalu nak sembang pun jgn sembang dgn ai, ai tak fasih mandarin.. 

masa tu lebih kurang sebulan before balik malaysia. hari2 ai doa jgan ada gangguan. then, mybe ai doa tulus ikhlas lagi suci hati.. xde gangguan dah.. kawan2 ai yg lain pun xdak bercerita dah pasal ada 'ai' dalam bilik ai 

Setulusnya, ai mmg tak pernah nampak, tak pernah jumpa, tak pernah mimpi dan tak pernah bau pun benda/makhluk lain dalam bilik ai tu. kisah kawan ai yg bercakap dgn 'ai' di saat ai xde tu je yg menunjukka ada 'ai' yg lain dalam bilik tu di samping kawan2 ai ada dengar 'ai' bercakap2. 



kisah kedua : 
ai ada melawat rasmi kat satu tempat lama di Guilin, china.. tempat tu merupakan penempatan awal org cina.. dalam gua.. dan keadaanya sgt sejuk. menurut org2 di sana, dulu moyang2 mereka tinggal disitu. apabila musim panas atau sejuk, udara dalam gua tersebut masih dalam keadaan normal.. damai sahaja. ai pun rasa damai, xde bau2 yg kurang enak ke apa..

gua tu amatlah luas, ai rasa penat jalan dalam tu.. ambil masa lebih 2 jam berjalan2 dalam tu sambil ambil2 gambar.. semua kelengkapan ada dalam tu. kereta kuda, tempat masak, katil.. dan juga lain2 keperluan harian.

kalu tak silap ai, tempat dalam gua tu juga merupakan golongan bangsawan tinggal di situ. maksudnya, maybe itu merupakan 'istana' golongan bangsawan org2 dulu di daerah tu.

untuk makluman, kaum di situ, suka berpakaian berwarna terang...mcm biru terang, merah terang dan yg ceria2 sahaja. muka mereka macam org sabah atau sarawak sahaja.. rendah2 dan kecil serta cerah2.

malam tu, ai balik ke hotel berdekatan, dalam 20 minit baik bas. disebabkan terlalu penat, ai tidur terus. member sebilik keluar dengan member2 yang lain. so, ai tinggal sorang2 dalam bilik hotel tu.

bermula lah cerita ai (td intro je ) bila ai nak lelap (separuh sedar dan separuh tido) mula lah ai bunyi kereta kuda. bunyinya amatlah kuat dan bising.. macam bunyi gerudi jalan raya je.. masa tu dah pukul 11 mlm... tapi bunyi kereta kuda itu seolah2 keliling bilik hotel ai.. masa tu ai terbayang keta kuda kat dalam gua yg ai tengak ptg tadi. lama sgt sampai ai paksa diri untuk bangun.

ok, petua kalu nak bangun masa separuh sedar ialah dengan menggerakkan ibu jari kaki dulu baru boleh sedar. kalu setakat nak jerit/angkat tangan mmg tak dapek la dik non. so, bila dah sedar, ai bagun.. duduk atas katil.. cuba mendengar sekali lagi ..betulkah bunyi kereta kuda tu. memang betul! dan jelas sgt.. bunyi tu keliling2 bilik hotel ai.. ai dah tak mimpi rupanya.. bunyi tu jelas dan macam bunyi larian tikus yg besar2 di atas atap rumah dan seterusnya keliling bilik hotel tu. ai ingat lagi, masa tu mata ai melihat pada bunyi tapak kaki tu.. berputar kepala ai dan mata ai..kot2 la nampak apa2 kan..(mcm la berani sgt )

dalam 3,4 round jugak la bunyi bising tu.. then xde dah. so, ai sambung tido. tak sempat terlelap kawan bilik ai balik.. so, ai bangun dan tgk jam dah pukul 1 pagi.. ai ingat keta kuda tu follow ai sampai hotel kot, sbb ai sorg je lain dari yg lain kat situ. huuuuuuuuuuu...

Kisah tiga: 

okey, kali ini ai pegi Xian. semua ni lawatan rasmi, maksudnya ai pergi secara formal dan ikut protokol. melawat jabatan2 gomen China juga satu pengalaman manis buat ai. ok, mcm ai ckp ai ni satu2 bertudung, then bila ke sana, semasa dlm bilik meting ada juga dari kalangan mereka nak bergambar dengan ai  

by the way, muka ai pun mcm sabah/sarawak juga.. so, sikit2 mcm mereka cuma ai tinggi la kot (160 cm).. pangjang la plak intro sori  ok, kali ni ai gi kuil Famen terletak di  sebelah barat Bandar Xian. (ai kidnap dari tenet) Kuil itu dibina kira-kira pada tahun 499 Masihi zaman Dinasti Wei Utara. Kerajaan Dinasti Tang telah menyediakan peruntukan yang besar untuk membaikpulih istana itu pada abad ke 7 Masihi, sehingga Kuil Famen telah menjadi kuil besar yang terdiri daripada 24 pekarangan dengan lebih 5 ribu orang sami, dan merupakan kuil agama Buddha yang terbesar di kawasan Xian, ibu negara Dinasti Tang.

Menurut catatan kitab agama Buddha, demi mengembangkan agama Biddha, sebanyak 84 ribu buah pagoda telah dibina di pelbagai tempat di dunia untuk menyimpan abu dan tulang Sakyamuni, Kuil Famen adalah salah sebuah daripada 19 buah pagoda yang dibina di China. Disebabkan pagoda di Kuil Famen menyimpan abu dan tulang jari Sakyamuni, Kuil Famen terkenal di seluruh China dan dunia. 8 orang maharaja Dinasti Tang China pernah membawa abu dan tulang jari Sakyamuni untuk dikeramatkan di istana diraja dan menganugerahkan banyak artifak berharga kepada kuil itu. 
Istana bawah tanah Kuil Famen sepanjang 21.4 meter, keluasannya 31.48 meter persegi. Istana bawah tanah itu terdiri daripada bahagian laluan, terowong, ruang hadapan, ruang tengah dan ruang belakang. Sejumlah 900 buah artifak berharga ditemui dalam istana bawah tanah itu. Lebih-lebih lagi, abu dan tulang jari Sakyamuni yang ditemui dalam istana bawah tanah itu merupakan perkara yang menggemparkan kalangan agama Buddha China dan luar negeri serta kalangan budaya dunia selepas penemuan patung tanah liat berupa perwira dan kuda di Xian. 
ai nak citer pasal tulang jari sakyamuni tu. ok, kawan2 ai ada dari thailand, cambodia, vietnam dll yg beragama buddha.. kami in group jalan2 ni, so bila sampai di kuil Famen tu, mulanya ai agak reluctant nak masuk..ye la, dah nama kuil kan... pulak tu ai ni Islam.. tapi kawan2 lain semua masuk la.. sembahyang lagi dalam tu..sebabnya, dalam tu ada satu jari yang sakyamuni yg tak hancur. hanya satu jari sahaja. diletak dalam bekas mcm kaca dan di masaukkan dalam dinding gitu. kiranya, penganyt buddha kalu masuk dan sembahyang kat sana, mcm gi mekah kot... yup, mereka gembira la kann.. 

ai, pikir satu je, kalu tak masuk, mybe ai dah xde peluang utk tgk jari tu..ala kira macam sejarah la kan.. kawan ai dari indonesia pun ckp.. xpe raina, u doa banyak2..inshaAllah tuhan lindung. so, ai decided utk masuk.

kawasan kuil tu besar, ramai sami2 duk di luar pintu jaga pintu masuk..baju2 kuning semua..ada yg pegang tongkat.. ai rasa pelik masa nak masuk tu, dan jgn tak tau, sami ni mcm tau je ai ni lain sikit.. sami2 tu tengok ai lain sikit la.. ye la, org islam nak masuk kuil tempat sembahyang depa kan... yg lain ada gak islam 3,4 org tapi tak nampak dari luaran la.. ai je masih tradisional, pakai tudung bawal lagi 

mulanya, sami tu mcm tak bagi, sib baik ada wakil kat situ bgtau ini lawatan rasmi, so ai masuk la.......    

mula2 masuk,ai dgn kawan lelaki dari thailand.. dia ni kira alim la..ok, jalan masuk macam terowong gitu, tapi luas dan tak sesak walau xde tingkap.. xde bau dan kat dalam tu dan terang mcm ada cahaya matahri (rasanya dia letak lampu yg cahaya sama matahri kot) ai tak berani nak pandang2 atas bawah.. lurus je pandangan ai..

bila sampai ke dinding yg ada jari sakyamuni tu.. dinding tu di tengah2.. kira mcm tawaf la.. dinding kuning, kaca jernih dan dalam tu ada warna kuning, katanya emas dan kat situ ada jari.. semua org yg masuk beratur sorang2 tgk jari tu.. ramai org2 di situ, tapi pelik gak sbb xde sesak nafas (ai sensitip kalu habuk2 atau bau debu).. bila sampai turn kawan ai (guy thailand tadi) dia stop jap kat jari tu sembah sujud.. mcm sembanhyang gitu.. tak lama la, ada la dalam 2,3 kali sujud2 bangun... 

ok, turn ai pulak.. sampai je kat dinding yg ada kaca tu, ai nampak warna emas sahaja.. tak de jari  ai dah pelik dah.. so, ai tanya la kawan ai tu... mana jari tu? dia ckp tu dlm tu..dia tunjuk2.. tapi sumpah ai tak nampak.. so, ai xbleh cakap kat sini mcmana rupa bentuk jari tu. ai boleh stop kat dinding tu sekejap je, org lain duk nunggu.. so, ai tengok di segenap ruang kaca tu.. yg ai nampak dalam kaca hanya warna emas sahaja. 

so, ai tak terpikir kenapa aii tak nampak???? kenapa?? semua org nampak tapi ai tak...

okey, ai bukan nak sgt tgk, tapi ai ni pelik kalu benda nampak ai mmg tak nampak, tapi kalu benda bunyi2 selaluuuuuuu sgt..  so, ai concluded yg ai ni tuhan tak bagi nampak, myb sbb ai tak kuat 
by the way, kawan ai dari indonesia tu nampak jari tu.

0 comments:

Post a Comment