Gara-gara
tidak dapat menahan nafsu, sepasang kekasih berasmara di dalam sebuah
rumah di cekup penduduk, polis dan pegawai penguatkuasa Pejabat Agama
Islam Daerah Hilir Perak, baru-baru ini.
Setiausaha Jawatankuasa Keselamatan dan Kemajuan Kampong (JKKK)
Kampong Baru, Batu 9, Ahmad Bahrom, 59, berkata, penangkapan itu
dilakukan setelah penduduk mengintip gerak geri pasangan itu selama dua
minggu di rumah milik ibu bapa lelaki tersebut yang dikatakan telah
menjadi tempat pasangan itu melempiaskan nafsu.
Menurutnya juga, sebelum ini, ibu bapa lelaki berkenaan dikatakan
telah menasihatkan anaknya supaya bernikah dengan gadis pilihanya itu
tetapi lelaki tersebut sengaja melengah-lengahkan untuk berkahwin.
“Ketika serbuan dibuat ibu bapa lelaki itu dikatan tiada dirumah, ia
memaksa kami untuk memecah pintu depan rumah tersebut yang dikunci
kerana pasangan tersebut dikatakan enggan untuk memberi kerjasama.
“Lelaki yang berusia 30-an tersebut adalah seorang kontraktor di
kawasan Changkat Jong manakala teman wanitanya yang berusia 25 tahun
yang berasal dari Terengganu, adalah merupakan seorang guru yang
bertugas si sebuah sekolah menengah di Setapak, Kuala Lumpur, katanya.
Ahmad berkata, ketika serbuan dilakukan, lelaki berkenaan didapati
hanya memakai tuala sahaja sementara teman wanitanya berselimut dan
berada di atas tilam.
Katanya, pasangan kekasih itu juga gagal menunjukan dokumen yang
mengatakan mereka adalah pasangan suami isteri yang sah ketika diminta
oleh pegawai penguatkuasa Jabatan Agama Islam Perak, Hilir Perak.
Pegawai penguatkuasa Pejabat Agama Islam Daerah Hilir Perak enggan
memberi maklumat dengan alasan semua kenyataan hanya boleh dibuat oleh
Pegawai Penguatkuas di Ibu Pejabat Jabatan Agama Islam Perak di Ipoh.
0 comments:
Post a Comment