George Boateng hilang tanpa berita selama sebulan sebelum ini. |
Desas-desus mengenai pemain import T-Team, George Boateng tidak
menjalani latihan hampir sebulan lalu akhirnya terjawab apabila
pengurusan tampil menjelaskan pemain itu yang berada di England akan
pulang ke negeri ini tidak lama lagi.
Ketua Pegawai Eksekutif T-Team Abd Rasid Jusoh berkata, pemain
kelahiran Ghana berusia 37 tahun itu diberi cuti rehat 14 hari bagi
membolehkannya menjalani pemulihan kecederaan lutut di England.
Menurutnya, mengikut perancangan asal, pemain itu sepatutnya pulang ke negeri ini semalam namun dia meminta tempoh rehatnya disambung 10 hari lagi hingga 20 Jun.
“Dia ada menghubungi pegawai pasukan, memaklumkan mahu mengambil cuti 10 hari kerana kecederaan belum sembuh sepenuhnya.
“Boateng juga memberitahu tidak sabar untuk pulang membantu pasukan mengharungi baki perlawanan Liga Super.
“Biarpun ada memberitahu mahu pulang ke Terengganu sebelum perlawanan dengan Felda United pada 21 Jun ini, kemungkinan besar dia tidak beraksi kerana bimbang kecederaannya belum sembuh 100 peratus,” katanya.
Semalam, Arena Metro melaporkan jurulatih T-Team Eduardo Almeida
hairan dengan tindakan Boateng yang belum pulang ke Terengganu meskipun
diberikan pelepasan hampir sebulan untuk menjalani rawatan kecederaan
lututnya di England.-hm
0 comments:
Post a Comment